Blogger Layouts

Tuesday, 9 August 2011

BULETIN RAMADHAN EDISI 02

          
Bismillahirrahmanirrahim.
            Setelah semiggu di bulan Ramadhan al-Mubarak (penuh keberkatan) ini…bagaimanakah dengan amal ibadah kita sepanjang minggu tersebut??? Bertambah? Berkurang atau tidak bergeraK?? Saudaraku sekalian… puasa bukan setakat lapar atau dahaga, bukan setakat untuk menunggu ketibaan hari raya, lebih dari itu puasa adalah untuk membentuk peribadi dan membersihkan jiwa supaya semakin bertaqwa kepada Allah SWT.
            Di bulan yang Mulia ini Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu rahmat dan pengampunanNya untuk hambanya yang ingin bertaubat dan memohon keampunan dariNya. Segala amalan yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang berlipat ganda. Ketahuilah Saudaraku sekalian tawaran sebegini tidak ada pada bulan-bulan lain.Hayatilah Ramadhan ini dengan berpuasa, solat tarawih, solat berjemaah, solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, bersedekah dan sebagainya. Jauhilah maksiat, mengumpat memfitnah, mendedah aurat kepada bukan mahram dan sebagainya.
Didiklah ahli keluarga kita bersembahyang, membaca al-Quran, menutup aurat dan bimbingan agama. Jangan biarkan mereka terlepas bebas dan terbabas dari ajaran Islam. Ketahuilah kita akan ditanya oleh Allah SWT mengenai  tanggungjawab kita terhadap ahli keluarga kita. Jangan kita asyik dengan duniawi yang tidak pernah dapat memuaskan nafsu, walhal jiwa kita kosong, mati kebuluran kerana tidak pernah dihidangkan dengan santapan rohani.
Ingatlah mati tidak memilih usia..yang tua mati dulu??? Oh belum tentu… Siapkan bekalan untuk hari esok (akhirat) yang tiada memberi manfaat apa sahaja yang kita miliki melainkan amal kebaikan. Rasulullah SAW bersabda :’ Rugilah orang yang ada kesempatan hidup di bulan Ramadhan tetapi dosa-dosanya tidak terampun oleh Allah SWT.
Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang lain terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat kita, membantutkan semangat kita. Jadikan ia sebagai pendorong dan motivasi untuk terus mencari redha Illahi
 Saidina Ali R.A berkata: Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal...dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
Justeru saudaraku sekalian ayuhlah kita sama berusaha keras memajukan akhirat kita agar kebahagian, kejayaan dan kekayaan yang kita kecapi hari ini akan terus berkekalan hingga ke alam akhirat sana. Sekian.

No comments:

Post a Comment