Blogger Layouts

Thursday, 21 July 2011

Laporan Amali Haji 2011

Pada 16 Julai yang lalu SMK USJ 13 telah berjaya melaksanakan program Amali Haji yang julung kali di adakan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun penyertaan daripada pelajar kurang memuaskan.
Inilah Replika Kaabah Yang ditempah khas Untuk Program Amali haji ini.
Para pelajar sedang diberi tunjuk ajar memakai ihram dengan betul...

Pelajar lelaki bertungkus lumus memastikan pemakaian ihram mereka betul-betul kemas.
Wajah ceria Muslimah SMK USJ 13 dalam pakaian Ihram
Tekun mendengar panduan haji dan umrah dari Ustaz Zaid - Penceramah yang dijemput
 tak sabar untuk memulakan tawaf di kaabah
pelajar bersiap sedia untuk tawaf dipandu oleh ustaz Zaid
Sebahagian pelajar lelaki sedang tawaf
pelajar perempuan turut sama melakukan tawaf
tetap ceria walau cuaca mula panas
isyarat ciuman untuk Hajar Aswad

Amali berakhir agak lewat daripada waktu yang dirancang, namun keseronokan tetap terpancar di setiap wajah. Diharap program ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.
pihak panitia juga berharap dengan terlaksananya amali haji ini para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam ibadah haji yang menjadi kewajipan setiap umat Islam yang berkemampuan.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment