Ramadan datang lagi, terasa Ramadan tahun lepas baru saja
berlalu. Kita bersyukur kepada Allah kita masih lagi diberi peluang olehNya untuk
menjalani ibadah puasa pada tahun ini.
Kedatangan Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh setiap orang
Islam diseluruh dunia kerana ia adalah bulan yang penuh kemuliaan, keberkatan
dan keampunan.
Alangkah beruntungnya jika kita sudah memasang niat untuk
melakukan segala ketaatan dan meninggalkan segala kemaksiatan dibulan yang
mulia ini. Niat yang baik ini jika dilaksanakan dengan penuh keikhlasan kepada
yang Maha Pemurah sudah pasti kita akan dibalas dengan kebaikan olehNya.
Puasa yang sempurna dan diredhai Allah bukan sekadar menahan
diri daripada makan, minum dan segala yang membatalkan puasa, tetapi hendaklah
juga memelihara segala anggota badan dan pancaindera daripada melakukan sesuatu
yang boleh mecacatkan pahala puasanya.
Maka, sesiapa yang melakukan puasa dengan penuh keimanan dan
pengharapan, nescaya diampunkan dosanya yang lepas. Amin...
SIAPA WAJIB PUASA???
1. Islam 2. Baligh
3. Berakal 4. Mampu untuk
berpuasa
RUKUN PUASA
1.Niat
- Niat didalam
hati, tidak disyaratkan melafazkan niat secara lisan. -
Waktu niat ialah pada waktu malam, antara maghrib dan subuh. - Wajib berniat pada tiap-tiap malam,
seperti berkata didalam hati : ”sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan
fardu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
- Peringatan : sesiapa yang tidur diwaktu malam tanpa berniat,
jika dia bangun selepas terbit fajar. Dia tidak boleh berpuasa tetapi dia wajib
menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa pada hari
tersebut dan dia juga wajib menggada’ puasanya itu.
2. Menahan diri
daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit
fajar sehingga terbenam matahari.
ANTARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum
dengan sengaja walaupun sedikit.
2.
Mengeluarkan muntah dengan sengaja
3. Memasukkan sesuatu benda kedalam rongga
badan (dari laluan yang terbuka seperti mulut, hidung, telinga, qubul dan
dubur). Manakala menitiskan cecair kedalam mata tidak batal. Begitu juga
menyuntik di badan tidak batal.
4. Jimak pada siang hari.
5. Keluar air mani dengan sengaja.
6. Pengsan sepanjang hari dari terbit
fajar sehingga terbenam matahari. 7. Gila walaupun sekejap.
8. Datang haid atau nifas bagi
perempuan.
9. Murtad
Perhatian !
- Menghidu makanan. - Debu-debu jalan yang masuk mulut.
- Menelan air liur. - Meludah
- Asap yang masuk dalam rongga tetapi merokok
batal puasa


No comments:
Post a Comment