Blogger Layouts

Sunday 31 July 2011

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 1432H

Alhamdulillah bulan ramadhan bulan mulia penuh rahmat dan barakah tiba lagi...
Panitia telah merancang pelbagai program untuk menyambut ramadhan kali ini...
Semalam iaitu 29 Julai 2011, Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 1432H telah berjaya dilancarkan dengan jayanya untuk sesi petang...Dirasmikan oleh Pn. Hjh Noorlida bt Maarof dan mendapat kerjasama yang amat baik dari semua guru...terima kasih semua...semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang lepas...
tapi sayang...lupe nak snap gambar banyak2..
Ni je gambar yang sempat di snap...di awal majlis...untuk gmbar yang lebih banyak kita tunggu pelancaran sesi pagi esok ye...
Majlis dimulakan dengan doa dan bacaan Yaasin yang diketuai oleh  ustaz Atif.

Inilahbarisan guru sesi petang yang turut sama membaca Yaasin...ada lagi cikgu yang tak de dalam gambar ni...tapi turut sama dalam bacaan yaasin...diorang jage budak2 kat belakang... tak sempat ambik gambar...terima kasih semua atas kerjasama yang diberi...


Ni sebahagian pelajar lelaki SMK USJ 13 tingkatan 1 dan 2 sedang baca yasin...moga diberi ganjaran pahala yang besar..
dan ini Pelajar SMK USJ 13 tingkatan 1 dan 2....semoga kalian menjadi insan yang berguna untuk AGAMA dan BANGSA kita suatu hari nanti...Pelajar-pelajarku kalianlah harapan kami untuk menerajui negara kita kearah keredhaan ALLAH pada masa hadapan...InsyaAllah..Amiin.

Thursday 21 July 2011

Laporan Amali Haji 2011

Pada 16 Julai yang lalu SMK USJ 13 telah berjaya melaksanakan program Amali Haji yang julung kali di adakan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun penyertaan daripada pelajar kurang memuaskan.
Inilah Replika Kaabah Yang ditempah khas Untuk Program Amali haji ini.
Para pelajar sedang diberi tunjuk ajar memakai ihram dengan betul...

Pelajar lelaki bertungkus lumus memastikan pemakaian ihram mereka betul-betul kemas.
Wajah ceria Muslimah SMK USJ 13 dalam pakaian Ihram
Tekun mendengar panduan haji dan umrah dari Ustaz Zaid - Penceramah yang dijemput
 tak sabar untuk memulakan tawaf di kaabah
pelajar bersiap sedia untuk tawaf dipandu oleh ustaz Zaid
Sebahagian pelajar lelaki sedang tawaf
pelajar perempuan turut sama melakukan tawaf
tetap ceria walau cuaca mula panas
isyarat ciuman untuk Hajar Aswad

Amali berakhir agak lewat daripada waktu yang dirancang, namun keseronokan tetap terpancar di setiap wajah. Diharap program ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.
pihak panitia juga berharap dengan terlaksananya amali haji ini para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam ibadah haji yang menjadi kewajipan setiap umat Islam yang berkemampuan.InsyaAllah.