'REMAJA VIP AKHIRAT'
DETIK paling manis dalam kehidupan ialah zaman remaja. Semuanya indah dan berseri, malah badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas, sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.Oleh kerana itu, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama, malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja. Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja ashabul kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara leka dunia mereka teguh lari menyelamatkan iman. Malah, menurut riwayat, ada kalangan yang beranting-anting dan berambut panjang tetapi mereka tidak hanyut dalam kelekaan kerana ada roh agama. Begitu juga Saidina Ali, dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.
Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, sehingga kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja. PENYIMPANGAN dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.
Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”
Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka. Pada pendapat mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu mengenai seks selamat, bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.
Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melampiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melampiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah. Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.
Sebagai satu agama yang amat hebat, pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan saja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan. Sebagaimana dalam firman Allah di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah lagi melakukannya. Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya kea rah zina, adalah haram. Pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, berciuman, rapat-merapati adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.
Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu hadis yang bermaksud “Antara 7 golongan yang akan mendapat perlindungan dan pertolongan Allah pada hari Akhirat ialah Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu dia berkata, “SESUNGGUHNYA AKU TAKUT KEPADA ALLAH.” Ini bererti remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina termasuk dalam senarai VIP akhirat!
Sempena Ramadhan al-Mubarak ini.. Jom Jauhi Zina !!!
- Ø Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.
- Ø Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.
- Ø Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.
- Ø Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.
Ketahuilah...Allah SWT telah menyebut dalam Surah An-Nur, Hukuman bagi penzina lelaki dan perempuan ialah 100 KALI SEBATAN!!!